1/17/2012

CoRetan darI sAhabatku Zulaikha..





Teman.
Dalam bicara syahadu kutitipkan sebuah bingkisan untukmu, untuk kau renungi hati seorg insan yg bergelar sahabt, Aku sekadar ingin menjelaskan betapa kau terlalu berharaga buatku bagaikan mutiara yg tiada ternila harganya.


Teman,
Tatkala hatiku hancur dihempap kekecewaan, kau hadir sbg sahabt membawa sinar kegembiraan dan sebuah harapan, Kekecewaan itu kubalut dgn sebuah impian seluas terbentang lautan berbekalkan sebuah harapan yg telah kau berikan. Lalu bersemikan dgn satu keyakinan, kubajai dgn ketabahan agar ianya akn menguntumkan impian yg realiti.


Teman,
Disebalik senyuman mu, tersirat seribu satu kegelisahan dan kehancuran di hatimu. Aku tahu kau menarauh harapan pada org yg kau syg...Namun, harapan itu hancur berkecai bagaikan kaca yg terhempas ke lantai. Aku memahami perasaan mu saat itu kerana aku juga pernah melaluinya. Namun , berbekalakn ketabahan dan ketakwaan aku mampu berdiri teguh seperti hari ini.


Teman,
Tanpa kau dan aku menyedari, kita dipertemukan dlm keadaan kita sama-sama kecewa. Lalu kita bina ikatan persahbatn dgn keikhlasan dan kejujuran. Dengan berakarkan pershbtan , bersiramkan keikhlasan , kita berjaya menguntumkan memori yg sentiasa mekar dan tidak mungkin aku akn melupakn sehingga nyawaku yg terakhir.


Teman.
Masa begitu pantas berlari. Saat-saat utk kita bersama di alam persekolahan hanya tertinggal seketika cuma, Pertemuan kita akhirnya akn diakhiri dgn perpisahan yg memedihkan ....mengapa kita dipertemukan di garisan perpisahan?? Namun aku yakin perpisahan ini pasti akan menemukan kita suatu hari nnt utk mencantumkan kembali sebuah ikatan PERSAHABATAN....



No comments:

Post a Comment